Saturday, May 31, 2008

Hijrah

Salam,

Penulis blog telah berhijrah ke 'rumah baru' berkuatkuasa pada 31 Mei 2008 jam 1:13am

Dengan itu, entry-entry di sini masih dikekalkan sebagai tatapan umum... ;)

Oleh yang demikian, dengan berbesar hati...saya menjemput kalian bertandang ke teratak baru saya yang beralamat di http://nur-haziq.blogspot.com

Semoga kita berjumpa di sana..~ InsyaAllah.

Sekian, wasalam.

Friday, May 30, 2008

Idaman Qalbu

Lokasi : Pejabat
Waktu : 11:03am
Mood Semasa : Analyzing


Lelaki Idaman Saya….

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa dahagakan akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah rasa takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangganya
Yang akan mendidik isterinya dan anak-anaknya mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh dengan kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam
Yang hidupnya di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh dengan kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazir masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidupnya di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

……jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra….
…..andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali karamalluwajha….


Salam,

Secara tidak semena-mena, tanpa disuruh mahupun dipaksa secara langsung ataupun tidak langsung, kalbu ini terpanggil...untuk kembali menggamit tulisan-tulisan lama, zaman muda remaja gitu kan...ketika masih mentah dalam dunia pemblogan (mcm resakse gorgon bunyiknya).

Puncanya, kerana semalam..adalah seorang kakak ini, bertanyakan kepada saya...bagaimanakah ciri-ciri lelaki idaman saya...ohh, sudah lama orang tidak bertanyakan soalan itu kepada saya..jadi menjadi sedikit bercelaru ketika hendak memberikan jawapan yang pasti...mujurlah hanya di alam maya...jika secara langsung..pastinya kakak itu akan terpegun melihat muka saya yang terpana dengan soalan itu (hehehe..)

Saya rasa saya telah memberikan jawapan yang agak ringkas semalam...dan pagi tadi, saya mendapat 'ilham' untuk kembali merujuk satu puisi yang pernah menjadi ' inspirasi' kepada saya..dan teman-teman..(hehehe..) ya, agak lama juga saya mengabaikan puisi ini...namun, seperti terpanggil untuk kembali menghiasi blog baru ini... ;)

Jadi dengan harapan..jika ada yang membaca...doakanlah yang terbaik untuk penulis blog ini ya...dan sama-samalah kita mendoakn yang terbaik untuk diri sendiri.. ;)

Kepada cik tropical jingga...tade apa pun nak ckp...sendiri mau faham...(huhuhu..)

Sekian. Wasalam

ps: teringat ada satu sms dari seorang kenalan (kenalan?) yg berbentuk sebuah doa... " InsyaAllah, kami doakan semoga kamu bertemu suami yang soleh, taat ibadah saya SAYANG sama kamu ya.." oh then, baru saya realize...selama ni saya tertinggal word "Sayang" dlm doa...no wonder laa kan..(hehe..)

Reunite

Lokasi : Bilik Sendiri
Waktu : 8:12am
Mood Semasa : Bersarapan

Salam,

Di pagi yang agak cerah, tidak mendung mahupun gelap semestinya...sambil-sambil duduk di atas kerusi menghadap laptop yang dah berjasa ngan saya hampir 2 tahun lamanya...sambil ditiup oleh tiupan angin buatan yang berpunca daripada kipas..saya menguatkan semangat untuk menaip entry ini. Jika diikutkan, semalam lagi saya dah update blog, tapi kekuatan ketahanan mata tidak begitu utuh dan ampuh untuk saya tahan. Kesimpulannya, saya tewas agak awal semalam (sekitar jam 1.00am)

Baiklah, hari ini..setelah selesai menyiapkan kerja-kerja rumah seperti menyapu halaman, menyiram pokok bunga, memberi ikan makan, memasak makanan untuk tengahari..oh ya, saya ada pekerjaan baru buat sementara ini. Iaitu Cik Misi/ Jururawat... ;) Tugas saya adalah memantau pemakanan ubat-ubatan dan juga mengawal jenis pemakanan mahupun masakan makcik saya.

Baiklah (untuk sekian kalinya), semalam...mungkin boleh dikatakan hari yang agak bersejarah untuk saya...(untuk KAMI) sebenarnya..kerana tanggal 29 Mei 2008 tepat jam 9:45am saya telah bertemu dengan sahabat lama yang memang sudah lama kami tak bertemu. Adalah dalam Setahun setengah jika tidak silap saya. Sahabat saya ni, datang jauhhhh...dari negeri di pantai timur. Sahabat saya ni, dulu dia merangkap teman sebilik saya selama 3 tahun berturut-turut. Oh ya, mungkin ada yang sudah tau siapakah dia..dan mungkin ada yang belum. Sahabat saya ini adalah tidak lain tidak bukan Cik Tropical Jingga.

Pertemuan kami agak 'singkat' yang berlaku sehingga jam 1.15pm sahaja. Kami terpaksa membawa haluan masing-masing atas urusan yang perlu diselesaikan di mana saya sendiri harus pulang ke kantor untuk meneruskan kerja-kerja yang harus diselesaikan. Semalam, kami mulakan mukadimah ataupun "ta'aruf" kami di Restoran Al-Rafi. Saya memesan roti boom + nescafe tarik manakala Cik Tropical Jingga memesan roti banjir + air suam (??) . Macam biasa..banyak yang PERLU kami BINCANGKAN..secara menyeluruh, isu dunia, agama, aktiviti semasa, sahabat handai, masa depan, masa lampau, masa-masaan...kadang-kadang kek gaya kami bersembang atau ngobrol-ngobrol secara langsung seperti kami ini sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Cik Tropical Jingga, mungkin ada benarnya kata kamu...kita memang duduk di "oversea".

Selepas berta'aruf, kami menuju ke pusat membeli belah yang agak terkemuka suatu masa dahulu. Terletak berhampiran Stadium Melawati. Sahabat saya katanya, mahu mencari tas tangan...hehe. Nasib jumpa..setelah ronda-ronda...kami singgah di restoran makanan segera yang terkenal juga..berwarna merah dan kuning. Duduk-duduk...ngobrol-ngobrol lagi..Ohh, terlalu banyak yang harus kami bincangkan. Setelah itu, kami harus pulang..saya menghantarnya ke sebuah Univerisiti tempatan kerana sepupunya ada majlis konvokasi di situ..

Selesai sudah pertemuan dua sahabat yang sekian lama tidak bertemu...kepada Cik Tropical Jingga, terima kasih kerana enti sudi berjumpa dengan saya semalam. Maaf, kerana tak dapat meluangkan sepenuh masa dengan kamu. Doakan semoga kita bertemu lagi di lain hari...semoga kamu juga dapat turun untuk majlis konvokasi saya ya ;)

Dan doakan semoga kita dapat pergi ke sana...teman saya belikan tudung arab sama Quran pink tu ya...dan semoga kita dapat pakai jubah hitam sama-sama... hehehe..

Akhir kata, semoga Allah memanjangkan ukhuwah kita sampai ke bila-bila...thanks sister! :D
Sekian entry untuk pagi ni..perlu bersiap, harus ke kantor... ;)


Cik Tropical Jingga & Me

Wasalam.

Tuesday, May 27, 2008

Ketika Cinta Bertalbiah

Lokasi: Ruang Tamu
Waktu : 11:23pm
Mood Semasa : Lenguh kaki~

Salam,

Secara jujurnya saya agak confius dengan hari ini sebab kadang-kadang mcm igt hari ni rabu..tp sebenarnya masih Selasa...hari ni juga saya bekerja sekerat hari. Mengapakah..? Ikuti cerita berikutnya...


Memandangkan minggu ni dah start musim cuti sekolah selama 2 minggu , kiranya waktu liburan gitu.....jadi keadaan agak tenang bagi saya la..sebab takde laa pagi-pagi kene hantar adik ke sekolah..walaupun waktu bangun tu biasa..cuma tak sibuk di pagi hari. Jadi lebih banyak menghabiskan masa di halaman dengan pokok rose yg mama baru beli kat Cameron hari tu. Oh ya..saya sudah menjadi pecinta tumbuh-tumbuhan sekarang..~


Semalam..satu hari adik duduk di ofis dengan saya..hari ni, dia duduk kat rumah ngan cousin kitorang...adik darjah 3, cousin kitorang darjah 4. Yes, mereka masih budak. Tapi since ofis saya dekat..so every one hour saya call diorang. Huhu..they have to be brave..~


Dan hari ni plak...masa balik lunch tadi, Pak Tam hantar sms kata Acik (makcik saya) dah keluar ward...tapi Pakcik (husband dia) pulak yang kene masuk ward. Subhanallah..semoga Allah memberi ketabahan pada kami sekeluarga. Then, tak lama mama call...tanya sama ada saya nak gi hospital hari ni atau tak. Saya cakap ngan mama yang baik pergi hari ni and saya amik half day. Alhamdulillah, dah call boss and dia bagi half day..Thank you bos!


Petang tu lepas asar, saya, mama, adik, umi zai dan anak-anaknya berangkat ke hospital. Memang sudah menjangkakan jalan akan jim (jam) teruk...tapi tak terbayang boleh seteruk yang dilalui. Bayangkan, kami bertolak lepas asar..sampai je dekat Highway Kesas, blom pun masuk simpang ke Subang dh jam teruk sebab ada kerja-kerja pembaikan...Allahuakbar. Kesabaran diri dan ketahan fizikal teruji sangat-sangat masa tuh. Kalau dulu bawak Kancil boleh tahan lagi sebab dia kecik..ni bawak Unser..huhu..teruji jugaklah ketahanan kaki..nasib baik AUTO...huhu..


Lepas dah selesai bahagian situ, sangkut plak di Bangsar...pun sama jugak. Hari makan gelap..risau-risau tak sempat sampai sebelum waktu melawat tamat. Lepas sesak di Bangsar...sesak di Jalan Kuching plak..Ya Allah..dengan gelagat kereta lain yang main cilok-cilok. Nasib baik jugak kesopanan kemelayuan gadis ketimuran dan berusaha menjadi wanita solehah ini masih menebal..kalau tidak..huhu..

Akhirnya, jam 6.15pm kami selamat sampai...alhamdulillah, tempat parking pun senang. Kami terus ke tingkat 4...Makteh ngan Pokteh serta anak-anak dah tunggu..diorang sampai dulu. Terus masuk..jumpa pakcik...hurm, secara jujurnya...hati ni sangat sedih tgkkan keadaan pakcik. Ya la, org dah berumur...paham sangat condition diorang...nampak dia letih sangat...tak tau kenapa..tapi ada kesayuan di hati ni..saya teringat lagi..bersungguh-sungguh dia berpesan sebelum saya berangkat untuk mengerjakan umrah sebulan lepas...tak tau kenapa..bersungguh dia berpesan kat saya..supaya berdoa bersungguh-sungguh depan Kaabah..depan multazam...mohon apa sahaja yang saya nak...MasyaAllah..tiba-tiba itu yang terlintas dalam hati saya...sampai sekarang saya ingat kata-kata dia...


~ Sangat Rindukan Tempat Ini..~

Tadi sebelum nak balik..kami mintak izin bawak Acik tinggal dengan kami buat sementara waktu..sampai pakcik keluar hospital...ntahlah..sedih sebenarnya tengokkan situasi mereka..tapi nak buat macam mana..Allah tahu segala yang terbaik untuk kita...kan? :)

Dan sekarang ni, acik tinggal dengan kami...sekurang-kurangnya..umi zai ada untuk tengokkan...acik pun belum stabil lagi...kene ada orang pantau...
Apapun, the moral of the story..adalah, family is EVERYTHING...bila saya tengok-tengok balik..besar Hikmah yang Allah berikan...mungkin kalau tak jadi macam ni..adik beradik mama tak berkumpul atau berjumpa macam ni kerap selalu kan..? :)

Dan apa yang saya sendiri dapat dari menghadapi "ujian" kesesakan lalulintas hari ni ialah...Kesabaran adalah segalanya...pray to HIM and InsyaAllah..HE will lead you.. :D



~ Sabar itu separuh daripada Iman~

Sekian utk malam ini..hampir jam 12 tengah malam.. Wasalam ;)

ps: Ketika Cinta Bertalbiah...pre-production :)

Reminder

Lokasi : Kamar Sendiri
Waktu : 12:23am
Mood Semasa : Mengantuk

Salam,

Mungkin entry ini khas buat Cik Tropical Jingga...kerana anda telah menerima sms saya petang tadi...semoga esok kita ketemu di alam maya...

Dan tiba-tiba saya teringat sms anda untuk menyuruh saya ingatkan anda selalu..dan diri saya sendiri juga...begini bunyi reminder nya...

"Beb, kalo nak suami SOLEH..diri sendiri kena SOLEHAH dulu..~"

Sekian entry untuk malam ini...selamat malam. ;)

wasalam

Saturday, May 24, 2008

Think Smart, Work Hard

Lokasi: Office
Waktu : 12:52pm
Mood Semasa : Kabur~

Salam, Sekarang ni masih lagi di office...beberapa minit sebelum menunggu waktu pulang jam 1.00pm..tapi lebih sikit laa kot sebab tadi saya masuk lambat... (peace..!). Malam tadi, bercadang-cadangan nak update blog..tapi tengah seronok-seronok surf corbis untuk gamba best-best buleh plak dia mengantuk...jadi..tidurlah adalah perkara yang lebih afdal untuk saya..Semalam, baru je selesaikan membuat 60 biji karipap/keripap/currypuff sardin untuk tempahan. Pagi tadi dah siap goreng dan tuannya dah amik dah pun jam 7.00pagi. Transaksi kuih dan wang tersebut telah disempurnakan oleh mama, since saya sedang berehat-rehat di bilik selepas subuh (sendiri mau faham~).


- Keripap berintikan sardin-

Sedang membuat kuih malam tadi daripada proses memasak inti, menguli tepung, mencanai, memasukkan inti, mengelim karipap, menggoreng separuh masak, sehinggalah ke peringkat pembungkusan..apa yang saya dapat ialah, sesungguhnya cara dan tekbik tradisional lebih baik daripada teknik moden. Maksud saya di sini adalah, cara pengulian tepung menggunasakan teknik asas iaitu menggunakan anggota yang dianugerahkan oleh Allah yakni tangan adalah lebih cepat dan baik daripada menggunakan bantuan mesin pengadun. Of course la, kita kene utamakan aspek kebersihan kan...huhu. Contoh macam blend bawang guna mesin pengisar moden berbanding blender jenama National (warna oren / hijau) zaman dulu kala, atau batu lesung. Peralatan lama adalah lebih best dari yang baru...orang kata estetic value or sentimental value tu tinggi... kan kan? :D


- Menabung untuk masa depan-

Masa mama tengok saya sedang membuat kuih, mama cakap "Tengok, bukan senang nak carik duit..." Yeah, btol tu...memang bukan senang nak carik duit. Tapi saya lebih merasakan begitu susah mahu MENYIMPAN duit dari mencari duit. Hehehe...but InsyaAllah..misi harus diteruskan... :) Dan hari ni, ntah tak semena-mena...tiba-tiba Allah tarik salah satu nikmat yang ada. Iaitu anugerah mengunyah makanan. Huhu, tiba-tiba gigi ni sakit plak...tak sure sama ada gigi atau rahang...sebab bila nak bukak mulut tu mcm ada sedikit kesukaran...nak pergi dentist macam malas plak..kalo nak pun tunggu bulan 6 lepas dapat duit gaji. Sekrang off budget, dah janji tak nak usik mana-mana duit yang sepatutnya...Body Shop pun kali ni, kita clash kejap ye...off bugdet. Banyak mende nak beli...semalam surf internet tengok ada jual e-Book Belaja Bahasa Arab...huhuh..sabar-sabar..pelan-pelan kita kayuh...(fiuh~)


-Gigi oh gigi..-

Baiklah, sehingga di sini...petang ni InsyaAllah akan berziarah ke hospital lagi..acik dah beransur pulih..Alhamdulillah. Dan esok, jika tiada aral melintang saya akan ke kenduri kahwin bersama Kak Ita ngan Kak Norsiah...dan semoga gigi ini tak meragam lagi... ;(

Wasalam.

Thursday, May 22, 2008

Ambitious

Lokasi: Bilik Sendiri
Waktu : 12:21am
Mood Semasa : Lapang~

Salam,
Hari ni kejap je dah hari khamis...dan sekejap je dah 22hb...dan bermakna...dah sebulan saya berada di tanah air sendiri...kejap je kan? Alhamdulillah...things are better for now..mood-mood sudah kembali diserap...bekerja dengan penuh semangat..kena rajin-rajin sebab tak lama lagi dah ada dua status...iaitu sebagai pekerja dan pelajar..wohoo..i can't imagine how's my life gonna be after this..Hopefully and InsyaAllah..everything will be fine.. ;)



~ Rindukan tarikh itu..~

Hari ni...kat office, bos takdak...lama gak dia keluar..gi tgk baju pengantin I guess..hehe..since aunty (boss mdm) bgtau that bos saya tu nak kawen ujung tahun nih...hehehe..so I guess..she might be busy with all those stuff... Skrg ni, boss mdm ada beli laptop baru...untuk dia sendiri laa kan...kunonnya nak key in semua stock2 and price list..kire senang laa..org tanya just click. Tapi nama pun aunty kan..I guess she's older than mama kott..dah lama tak guna computer..so skrg ni, saya merangkap penasihat IT dia laa..hehe. Macam terer jek bunyik nye..paderhal takde mende sangat...tapi biasalah kan..kekadang tu rasa mcm nak guna balik je nick "Ustazah IT" tu...(chet~) hahaha..


~ Kerja-kerja semakan~

Tapi sejak akhir-akhir...rasa mcm kalo orang tanya saya nak jadi apa..rasa mcm nak jawab je..jadi penceramah motivasi..kan..tinggi betul cita-cita. Bukannya apa..saja nak share pengalaman sendiri..susah senang dalam hidup nih kan..especially to teenagers and youngster...bukanlah nak jadi penceramah motivasi macam nak wat forum perdana ke apa kan...hurm, mana tau kan..one day..impian menjadi kenyataan..di samping nak jadi pengusaha makanan berjaya. Kekadang tu nak jadi penulis...haha..start dah meraban.. (who cares..?~)



~ Mug pemberian Mama yg menjadi teman setia~


Cukup untuk setakat nih....dah malam sangat. Need a good rest...oh ya, tadi abah balik lambat..baru je balik..kereta rosak tengah jalan kat Rawang..luckily ada Uncle Pian..huhu..so, have to sleep now..esok kene bangun awl...nak memikirkan strategy untuk pembahagian kereta skrg..since tinggal dua..and satu bicycle...haha..think think~


wasalam.

Sunday, May 18, 2008

Tanpa Wayar

Lokasi: Bilik Sendiri
Waktu : 02:14am
Mood Semasa : Lapar~

Salam..

Malam tadi..secara rasminya..saya telah berjaya mendapat benda yang diidam2kan..wlaupun sebelum ini, cuba sedaya upaya bagi menahan godaan...semata-mata nak kumpul duit kan...tapi..nama pun manusia....nama pun Cik Wanie...bila dikira-kira balik...tak off budget bulan ni...dan bulan-bulan seterusnya...saya telah pun mendapatkan USB Maxis Broadband :D Dan...apa yang saya ingin katakan..Terima Kasih Abah! :D permohonan diluluskan...hehehe...

Jadi..sekarang ni..saya sedang beronline menggunakan khidmatnya...;)


~ Teman baru saya~

Saturday, May 17, 2008

Memoirs

Lokasi : Office (masih)
Waktu : 11:27am
Mood Semasa : Kerinduan (duhh~)

Salam..

Rasanya selang tak sampai 2 jam kot posting kedua untuk hari yang sama tak sampai pun separuh masa pertama..apakah maknanya..?? Sebelum apa-apa, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk memohon maaf pada Bos saya kerana pekerja mu ini hari ni tak dapat menumpukan konsentrasi sepenuhnya pada kerjanya..Saya buat, tapi diselang selikan dengan yang "ini"..maaf ya bos!~

Sebenarnya, bos takda...dia duk di luar..jadi keseoranganlah dalam ofis nih. Bak kata ex-roomate saya...sorang tak bererti sepi. Memang pun..seorang lebih seronok (dlm masa-masa tertentu). Jadi memang tak berapa nak sepi, memandangkan telinga saya didendangkan lagu-lagu berunsurkan keTuhanan (mesti ada org menyampah baca nie..) yang saya sambungkan menggunakan earphone berpuncakan dari handphone.

Selain itu, saya juga mengisi "masa lapang" saya di office ni dengan membaca blog-blog yang ada...macamlah di rumah tiada perkhidmatan jalur lebar. Tapi ntah, mood di rumah lain...walaupun kadang-kadang saya sendiri taktau apa saya buat apabila bertentangan mata berbalas skrin LCD dengan laptop..(huh?)

Tapi yang pasti...tiba-tiba teringat kenangan mendaki Jabal Nur untuk ke Gua Hira'..apakah..?? Saya rindukan utk duduk di atas bukit batu itu....dibelai tiupan angin bukit sepoi-sepoi bahasa di waktu malam...sambil menikmati pemandangan Kota Mekah...alangkah bestnya waktu tu. Kalau dulu saya mengkagumi keindahan pemandangan berkabus di Gunung Ledang, tapi tiada tandingannya dengan apa yang kami rasa apabila melihat keindahan pemandangan waktu malam begitu...


~Sedang beristirehat tak sampai 1/4 dari aras puncak Jabal Nur~
(teka mana saya..;p)


Sebenarnya...waktu sebelum mendaki..apa yang paling saya "geruni" adalah tahap kesihatan diri sendiri..okay..saya tidaklah fit mana pun..stamina pun out. Naik tangga pun kadang-kadang bleyh 'out'...apetah lagi hendak mendaki Jabal Nur...tapi Alhamdulillah misi berjaya dengan lancarnya. Walaupun kadang-kadang tu bila otak dan koordinasi tidak selari..hampir-hampir juga membuat aksi 'slide' kat sana...paling tak lupa bila kami terpaksa melalui celah batu yang amat sempit..(hampir-hampir tersangkut kaki) utk ke Gua Hira'. Nasib baik lepas...


~ Jabal Nur~
(Sumber foto dari internet, tiada gambar rasmi dr camera saya)

Bila dah sampai..perasaan speechless masih menyelubungi diri...Allah Maha Besar, jejak juga kaki saya di situ...ustaz sempat bercerita tentang sejarah Gua Hira'. Maha Suci Allah, kami dapat lihat kiblat Gua Hira' itu menghala ke Baitullah...sebab itulah Jabal Nur dipilih sebagai tempat untuk Rasulullah beruzlah sebelum menerima wahyu pertama. Susunan batu di sana juga seperti susunan kitab-kitab yang bertindih...

Bagi kami yang bergelar wanita-wanita ini (saya, kak ita dan kak norsiah) cuba membayangkan semangat dan kasih Siti Khadijah isteri baginda yang sanggup mendaki semata-mata untuk menghantar makanan kepada Rasulullah ketika baginda beruzlah di Gua Hira'. Yang pasti jalan waktu dahulu lebih mencabar...sebabnya jalan yang kami naik..separuhnya sudah dibuat tangga...bila fikir-fikir balik..mampukah saya mempunyai semangat dan kasih sayang sebagai seorang isteri solehah sebaik Siti Khadijah...semoga Allah kurniakan kemampuan itu pada saya (suatu hari nanti)..InsyaAllah..

Next mission InsyaAllah..kalau ada rezeki berkunjung ke sana lagi...sangat teringin utk ke Jabal Tsur pula...lebih tinggi dr Jabal Nur...dan semoga kali ini, Allah memberikan saya kekuatan untuk mendukung adik untuk sampai ke puncak...waktu itu saya masih tidak tahu keadaan sebenar laluannya..InsyaAllah, next time we'll do it ya dik..! ;) Pray to HIM and may HE give us the strength...


~Jabal Thur~
(Next Mission, InsyaAllah)

~till then~

Feelings

Lokasi : Pejabat
Waktu : 09:53am
Mood Semasa : Fokus Melayang~

Salam..

Seperti yang tertera di tajuk...itulah yang akan diperkatakan...Happy VS Sad..Gembira LWN Sedih...(bahasa Arab tatau..) Izinkan saya mulakan dengan yang gembira...

Happy:
Semalam...saya, mama & adik..ke Alamanda selepas saya pulang dari kerja. Semalam pulang sedikit awal..sebab dah berjanji nak jumpa dengan Kak Ita di sana. Tujuannya, nak sampaikan barang kat Umi di Dungun. Sempat jugak sembang walaupun sekejap di McD (kak ita belanja :D). The happy momment adalah tiba-tiba semalam saya dapat hadiah "Pre-Convo" dari Kak Ita..Teddy Bear with Pink Flowers..alaa..so sweet my sister. Orang main-main je laa pun..dia gi beli betul-betul...hehe. Anyway..thanks a lot...love ya! :D


~ Teddy Bear Pink ~



Sad:
Okay..there's actually 2 sad momments. Malam tadi..lepas balik makan ngan abah skali...Kak Ita sms kata abah dia jatuh and masuk hospital..Currently kat Hospital Besar Terengganu.. Dan pagi tadi..lepas subuh, dapat call dr Pak Itam kata Acik masuk ward kat GH KL...Ya Allah, please give us Strength...

Unspecific:
Takde kene mengena ngan tajuk...tapi memang ada satu perasaan yang saya kurang pasti...bak kata Kak Jah...perasaan yang sukar dikenal pasti...mcm mana tu kan? Hanya saya dan DIA sahaja yang tau...dan yang pasti HE knows the best for me.. ;)

Sekarang ni suka sangat dengar lagu Alhamdulillah : Opick feat Amanda. Very sweet and lovely song actually...and yes, lagu ni telah dipilih sebagai lagu latar dalam vcd yang saya buat... setelah berhempas pulas memikir lagu yang sesuai dengan penasihat IT saya (tinggi pangkat ko ;p) last-last lagu ni menjadi pilihan hati...huhu syok sendiri..nasiblah..saya yang buat kan..~~ ;)

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu




Okaylah, sampai sini dahulu...petang ni InsyaAllah kami semua akan ke Hospital ziarah Acik...doakan semoga semuanya selamat...amin~

wasalam~